- Susahnya nak jaga hati seseorang bernama wanita. Kejap tadi lain, sekarang dah lain. Mood diaorg cepat betul berubah. Sakit hati nak layan. Tahankan lah wahai hati lelaki. Kekadang tak boleh ditahan, terpaksa menahan dalam kemarahan. Marah tak dapat diungkap dengan kata2. Seringkali terasa hati ini dimain. Entah bagaimana, cerita yang tak boleh dilukis dengan mata pena. Sakit bila dia tiada. Siapa yang mampu membaca dalam apa jua hati kita. Seringkali rasa kecewa, entah bila akan terasa hilang langkah kaki.
- Sayang, maaf jika tulisan ini menganggu. Tulisan yang tidak bermakna, hanya hati lelaki ini terasa. Macam dibiar pergi ke mana2. Tapi, hati lelaki ini cepat terkesan dengan kehadiran sayang. Kadang2 dari mana silap bukan terkesan terus berdiam tanpa kata2. Sunyi sepi ruang yang ditinggalkan. Biar roda2 berputaran sendiri. Sampai arah tujuan yang bukan disengajakan dalam perancangan.
- Bila pikirkan balik apa tindakan yang akan datang, rasa diri ini tak akan tahan. Ingat nak merajuk panjang. Tapi sayang pulak yang datang. I Love You sayang. Jangan terus diam, macam tertikam jantung tanpa kesan cucukan. Melilau mencari apa kata yang nak diungkap
- Hati wanita ini sukar untuk difaham.
ED-MIDI
UKIrAn PeNa TAk BeRdAkWaT...
Saturday, May 3, 2014
Sakit Rasa.
Friday, February 7, 2014
Saat Kau Hadir Dalam Hidupku..
Terasa indah..Rindu sering kali datang..Bila hilang dari pandangan..Bila saat tiada..Rindu pasti menjengah..Rindu yang pada siapa?..Pasti untuk awak..Rindu yang perlu disimpan dn ditahan..Saat terasa sunyi bila hilang kata dari hati..Biar tanpa suara..Biar tanpa deraian gelak ketawa..Pasti terkenang bila saat bersama..Terima kasih untuk rindu ini..biar tiada hujung yang akan hilang..Biar rindu ini membuat aku bahagia..Aku bukan kaki pembicara..Tak pernah sekali meluah kata pujangga tapi pasti kamu tahu apa yang aku rasa.. Sayang makin terasa bertambah..Jangan sesekali hilang..Jangan sesekali jauh dari ingatan..Tuhan penentu segala..Rasa ini..Rindu ini..Sayang ini..
Saturday, December 28, 2013
Macam ni ke?
Rasa ini seringkali datang saat dia hilang dari pandangan mata. Entah dari mana datang rasa ini, waktu rasa macam lama nak menunggu esok tiba. Tiada siapa akan tahu rasa ini bagaimana. Hanya aku dan Dia. Takdir dah menemukan kita. Perkenalan yang menunjukkan jalan untuk terus kita bersama. Ya kan? Tolong jangan hilang begitu lama dari sini. Saat yang sangat bahagia bila dapat bersama. Walau tanpa dengan kata-kata, walau tanpa dengan arah yang tetap. Bila dapat merenung jauh dalam mata awak, dapat rasa kehilangan rasa yang lama terasa. Terima kasih atas segala. Terima kasih untuk apa sahaja. Rinduuu..
Sunday, December 15, 2013
Alhamdulillah..
Syukur kepadaNya kerana telah memudahkan urusan yang dirancang dengan baik. InsyaAllah step seterusnya akan datang. Terima kasih pada yang telah banyak membantu. Terutama pada si dia yang telah banyak bagi hint2 yang telah bnyak membantu. Walaupun kadang2 tu saja jer buat2 tak faham. Tapi sebenarnya itu la yang jadi petunjuk untuk terus melangkah lebih jauh dan lebih berani. First time pergi umah si dia..walaupun Tuhan saja yang tau apa yang kat dalam dada ni rasa. Tuhan telah berikan jalan yang tidak kita duga. Walaupun kita kenal tak berapa lama tapi semua nampak macam dah terbiasa. Kenapa dengan awak org lebih berani?
Monday, December 9, 2013
Ke mana?
Wah..hari ni boleh pulak terbangun awal..dah tak tau nak buat apa..conteng je la apa yang patut kat papan putih ni..kita conteng biar papan putih ni jadi hitam yer..first amik pen...eh2 xyah la pakai pen..taip je la..kan senang..tetiba je rasa cam takut pulak nak ke step seterusnya..macam2 pulak terpikir..nanti apa pulak org tua dia pikir yer..boleh ke ni?ermm..boleh ke x nnti la cuba dulu..kalo tak cuba kita tak akan dapat tahu..hidup penuh dengan ujian dan cabaran yang kita sendiri pun tak tahu apa kesudahan..perjalanan hidup ni tak ada sinopsis yang dapat kita lihat untuk melihat keseluruhan cerita dan kesudahan..kita hanya mampu merancang dengan sebaik mungkin tapi kita perlu ingat satu perkara..kita merancang, Allah pun merancang untuk kita..perancanganNya adalah sebaik baik perancangan untuk kita..semua dah tertulis sejak azali..benda yang tak akan dapat kita tukar..perancangan Allah adalah sebaik baik perancangan..jadi jangan kita lupa kalo rancangan kita gagal mungkin ada jalan lain yang telah ditetapkan untuk kita ikut..jadi jangan la nak bersedih bagai berair mata darah..redha dan nilai balik apa kita buat untuk dapatkan kasih sayang dari Maha Pencipta..kasih sayang antara manusia adalah sementara..nanti kita cuba yer...
Saturday, November 16, 2013
First Time Jauh Sikit..
Hari ni mungkin kali pertama kita keluar jauh sikit. Itu pun sebenarnya kita tak tau nak bawak awak pergi mana..Eh salah..Awk yang bawak actually..Kita tunjuk jalan jer yang kadang2 tu sesat..Kita memang tak tau sangat kalo pasal2 jalan ni..Biar dah pergi yang entah unt ke berapa kali tapi still lupa jugak jalan tu..Pusing dan pusing sampai jugak kan..Time kasih kerana bawak kita kluar hari ni..hahah
Monday, November 11, 2013
Setelah Lama Hilang
Dah lama rasa tak tulis apa2 dalam ni..Dah bertahun la rasanya..Sekarang ni aku nak belajar menulis balik la..Banyak cerita yang nak tulis ni..Cerita tentang semua..Cerita tentang kita dan ceruta tentang dia..Malam ni dah tak boleh nak melelapkan mata..Entah kenapa..Terasa emosi terganggu dengan sesuatu..Sesuatu yang tak dapat aku teka apakah penyebab sebenar..Mungkin disebabkan oleh ketidakpastian apakah jalan yang aku perlu ambil unyuk jadikan semua hari akan datang menjanjikan sesuatu yang bermakna..Aku takut untuk menyatakan perasaan sebenar dan niat hati ni masih tersekat di sini..Di sini telah pelbagai andaian dikarang seandainya tujuan ini berjaya aku laksanakan..Aku sebenarnya takut pada kemampuan diri sendiri yang aku sendiri tak pasti qkan terlaksana atau tidak..Kalau ikutkan hati yang masih saja akubimpikan sesuatu yang tak mungkin aku capai..Aku menanti sebuah jawapan dari dalam diri aku sendiri dan mungkin jawapan dari persoalan yang telah aku timbilkan sendiri ternyata akan melukakan hati aku sendiri..Kepastian yang tak mampu aku jawab...
Biar la jawapan itu aku saja yang tahu..
Biar la jawapan itu aku saja yang tahu..
Subscribe to:
Posts (Atom)