Pages

.....

.....

Thursday, October 27, 2011

Terengganu Ne'lang

Last2 bleh gok beli teket...mahal pun mahal la..nok wat lagu mane yer jual mahal..kita duk tunggu telopong nok beli teket muroh dok dang starang...last2 bahang wat mahal gok..dok apa ah jarang skali..bukan sokmo pun...lama doh dok gi newor kot dalang stadiung...padang dok adak ke tv jer...jarang2 skali try test tengok live skali best jugok...kalo dok gi kali ni bila dok tau tranung nok masok final pulok...tengok awok2 tranung seput ganer...kot okeh ngan tumit ke ganas gok...kite bimbang ke goli jer...goli culah sket tu...kadang2 sedak bedooh kadang2 kene kecing anyin gok...mintok2 set2 tranung main sedak final kekgi baru ah puah hati gi tngok...beng nok gatal2 sepak keting gu lawang ah...kan dok pasal2 kena keluor padang pulok...
Dok sabor doh wase nok gi..teket beli doh...baju pulok dok dang nok ita...abih belake doh baju mareng...puah duk round cari baju..saiz guni bnyok pulok..xkan kita nok pakai..kene jeck sajer ah kalo pakai baju cam balut nake....maroh dorang..kan orang blakang dok nmpok nok tengok padan kibas baju jer.....sedak doh wase...awok2 kita jangan duk wat lari tiang gol tu...kan susoh pulok nok wat masuk gol...
Mari belake ah wase2 budok2 ni...jangan ujang doh la esok..kita ingat nok ngan motosika jer ni..kalo ujang bejerut ah...orang duk tengok bola kita duk wat mende laing dok sedak gok..wase2 bereh kot,,,dok leh kire ngan lening sini...ujang sokmo petang2 lening...mintok2 la dok ujang...balik dulu la ambe...dok cakat oh nok naek ni...ujang luor pun macang berenti doh jer..ambe nok koho2 doh ni...celo2...

Friday, October 21, 2011

Mengapa Harus DibinaTembok Itu?

Tak pernah aku terfikir
Tak daya aku untuk menilai
Tak akan pernah wujud tujuan sebenar
Tak sanggup rasanya untuk aku menyingkap maksud sebenar
Untuk apa sebenarnya?
Untuk suka-suka atau berduka?
Untuk siapa diwujudkan ?
Untuk kamu atau untuk aku?
Tanpa kata yang terucap
Tanpa jawapan dengan soalan
Tanpa alasan dibina itu
Tanpa permintaan dan tanpa dia atau kamu
Ungkapan yang tak akan bisa ditarik balik
Usaha yang agak nyata di mata ini
Umpama penghalang kepada ketenangan
Usia tiada ditinggalkan untuk itu
Langkah kaki yang terasa ringan
Lama menanti apakah tujuan
Lara yang tinggal semata-mata
Lihat sampai bila harus dimainkan permainan ini
Hidup tak pernah ada kesudahan dalam berdrama
Inikah harus kita wayangkan?
Jangan diteruskan
Kalau terpaksa menanggung beban
Lari dari semua, Lari dari angan-angan yang tak kan dicapai
Masa tiada daya menunggu kita
Namun dia tiba walau apa daya kita menahan

Tanpa rasa yang ada

Wednesday, October 19, 2011

Aku Bukan Malaikat

Manusia biasa seperti aku tidak pernah lekang dari melakukan kesilapan.
Walaupun dengan sedaya aku mampu untuk lari dari kesilapan.
Kesilapan tetap datang, datang dan terus datang ada kalanya tanpa aku sedari.
Kadang-kadang manusia lain tidak pernah tahu apa yang terawang2.
Aku dengan upaya yang ada sedaya mampu menjaga hati manusia lain.
Aku takut berdosa dengan manusia.
Aku takut dosa yang aku lakukan tidak sempat untuk dipohon kemaafan.
Aku takut manusia itu terbawa dosa yang aku lakukan sampai ke sana.
Tapi sering kali manusia lain tidak pernah terfikir.
Adakah aku juga ada perasaan?
Tidakkah ada sedikit ruang untuk mereka cerobongi pemikiran ini
Jauh sekali untuk mengucapkan maaf
Mungkin apa yang mereka lakukan dirasakan jauh dari kesilapan
Kesilapan yang tidak mungkin singgah
Itu telahan mereka
Itu naluri mereka
Itu la cara mereka
Siapa yang berani menegur?
Pasti belum habis mulut berbicara timbul lentingan yang semua dah terbiasa
Mungkin mereka lupa dan alpa dengan apa yang mereka ada
Biar apa yang terlintas dibenak mereka
Aku teruskan pelaku yang ada dengan cara yang ada
Aku dengan apa yang aku ada
Tidak mudah untuk aku melepaskan amarah pada yang memandang tanpa
Tanpa mata hati yang mereka lupa
Aku susun kata-kata untuk berbicara
Aku susun langkah untuk beralih
Aku susun tingkah laku untuk aku susuri amanah yang diberi
Aku susun sepuluh jari minta diampuni
Aku bukan malaikat untuk aku fahami semua gerak geri dan isi hati pelaku ini.

Bila rasa cinta dan benci ini pergi...

Wednesday, October 12, 2011

BLoG YanG UsanG

Hahaha...dah lama xtulis2 ni...skang ni nk blajar tulis2 balik la..
Hari bertukar hari...minggu bertukar minggu...bulan bertukar bulan
Hape pun xde kan...cam ni gak..xde apa yang dapat dibanggakan..
Handai kate apa yang ada ni dapat dikira dan dihitung..
Hujung pena ni pun xdapat nk dicalit
Hingga ruang yang diberikan seolah-olah dah penuh dengan tulisan2 lain
Hampir jauh dengan apa yang diharapkan
Hampir tiada peluang yang dapat dirampas
Hampir setiap mata memandang
Hah....pedulikan!

Hidup penuh dengan warna warni
Hidup penuh dengan kisah yang xdpt dicoret sepenuhnya
Hidup yang sungguh bermakna
Hidup yang menjanjikan cabaran yang tidak diketahui
Hidup yang pasti dengan ujian tanpa diletakkan nilai skor tertentu

Hidup yang tersangat indah pada mereka yang menghargai

Mati yang akan menjemput kita
Mati yang akan menunggu kita
Mati yang akan dijanjikan untuk kita
Mati yang tiada dongengnya
Mati yang menanti
Mati yang tak sia2
Mati yang diharap untuk kejayaan yang abadi.

Cer kita tengok untuk ingatan bersama...

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.