Pages

.....

.....

Saturday, December 28, 2013

Macam ni ke?

Rasa ini seringkali datang saat dia hilang dari pandangan mata. Entah dari mana datang rasa ini, waktu rasa macam lama nak menunggu esok tiba. Tiada siapa akan tahu rasa ini bagaimana. Hanya aku dan Dia. Takdir dah menemukan kita. Perkenalan yang menunjukkan jalan untuk terus kita bersama. Ya kan? Tolong jangan hilang begitu lama dari sini. Saat yang sangat bahagia bila dapat bersama. Walau tanpa dengan kata-kata, walau tanpa dengan arah yang tetap. Bila dapat merenung jauh dalam mata awak, dapat rasa kehilangan rasa yang lama terasa. Terima kasih atas segala. Terima kasih untuk apa sahaja. Rinduuu..

Sunday, December 15, 2013

Alhamdulillah..

Syukur kepadaNya kerana telah memudahkan urusan yang dirancang dengan baik. InsyaAllah step seterusnya akan datang. Terima kasih pada yang telah banyak membantu. Terutama pada si dia yang telah banyak bagi hint2 yang telah bnyak membantu. Walaupun kadang2 tu saja jer buat2 tak faham. Tapi sebenarnya itu la yang jadi petunjuk untuk terus melangkah lebih jauh dan lebih berani. First time pergi umah si dia..walaupun Tuhan saja yang tau apa yang kat dalam dada ni rasa. Tuhan telah berikan jalan yang tidak kita duga. Walaupun kita kenal tak berapa lama tapi semua nampak macam dah terbiasa. Kenapa dengan awak org lebih berani?

Monday, December 9, 2013

Ke mana?

Wah..hari ni boleh pulak terbangun awal..dah tak tau nak buat apa..conteng je la apa yang patut kat papan putih ni..kita conteng biar papan putih ni jadi hitam yer..first amik pen...eh2 xyah la pakai pen..taip je la..kan senang..tetiba je rasa cam takut pulak nak ke step seterusnya..macam2 pulak terpikir..nanti apa pulak org tua dia pikir yer..boleh ke ni?ermm..boleh ke x nnti la cuba dulu..kalo tak cuba kita tak akan dapat tahu..hidup penuh dengan ujian dan cabaran yang kita sendiri pun tak tahu apa kesudahan..perjalanan hidup ni tak ada sinopsis yang dapat kita lihat untuk melihat keseluruhan cerita dan kesudahan..kita hanya mampu merancang dengan sebaik mungkin tapi kita perlu ingat satu perkara..kita merancang, Allah pun merancang untuk kita..perancanganNya adalah sebaik baik perancangan untuk kita..semua dah tertulis sejak azali..benda yang tak akan dapat kita tukar..perancangan Allah adalah sebaik baik perancangan..jadi jangan kita lupa kalo rancangan kita gagal mungkin ada jalan lain yang telah ditetapkan untuk kita ikut..jadi jangan la nak bersedih bagai berair mata darah..redha dan nilai balik apa kita buat untuk dapatkan kasih sayang dari Maha Pencipta..kasih sayang antara manusia adalah sementara..nanti kita cuba yer...