Hahaha...dah lama xtulis2 ni...skang ni nk blajar tulis2 balik la..
Hari bertukar hari...minggu bertukar minggu...bulan bertukar bulan
Hape pun xde kan...cam ni gak..xde apa yang dapat dibanggakan..
Handai kate apa yang ada ni dapat dikira dan dihitung..
Hujung pena ni pun xdapat nk dicalit
Hingga ruang yang diberikan seolah-olah dah penuh dengan tulisan2 lain
Hampir jauh dengan apa yang diharapkan
Hampir tiada peluang yang dapat dirampas
Hampir setiap mata memandang
Hah....pedulikan!
Hidup penuh dengan warna warni
Hidup penuh dengan kisah yang xdpt dicoret sepenuhnya
Hidup yang sungguh bermakna
Hidup yang menjanjikan cabaran yang tidak diketahui
Hidup yang pasti dengan ujian tanpa diletakkan nilai skor tertentu
Hidup yang tersangat indah pada mereka yang menghargai
Mati yang akan menjemput kita
Mati yang akan menunggu kita
Mati yang akan dijanjikan untuk kita
Mati yang tiada dongengnya
Mati yang menanti
Mati yang tak sia2
Mati yang diharap untuk kejayaan yang abadi.
Cer kita tengok untuk ingatan bersama...
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas
waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung
kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti daging lembu yang
baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan
mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat
dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah
tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar
akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran
atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal
kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda
ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada
untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau
ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah
waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini
daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas
Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan
mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula
mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang
terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma
seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan
jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya
kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit
yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak
najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita
nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak
akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan
perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari
bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana
kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan
ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui
waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan
merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke
pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus
mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
No comments:
Post a Comment