Pages

.....

.....

Tuesday, December 21, 2010

aku yang tiada kamu...

bila aku cuba melupakan ,
kamu dtg tanpa diundang,
bila cuba ku kenang kamu...kamu hilang...
kamu, aku rasakan macam hantu,
selalu aku rasa diri kamu ada,.
kamu terus terusan menghantui diri aku,
siapa kamu untuk aku?
aku pergi, kamu sentiasa mengekori,
semakin aku berlari jauh,
kamu dengan sekelip mata tiba,
entah apa kamu?
entah siapa kamu?
entah dari mana kamu?
entah sampai bila kamu mahu mengekori aku?
kamu,
bila tiada ku rasa macam ada,
di mana-mana,
di seluruh pelusuk jiwa aku yang sepi,
kamu ibarat teman sejati yang tak mungkin aku dpt cari ganti,
walau tanpa aku relakan kewujudan kamu,
biar sepi ini hilang,
biar kesedihan ini padam,
biar segalanya aku rasakan tenang,
setenang badai dilautan yg sepi.....
untuk apa kamu datang,
untuk apa kamu hilang,
persoalan yang tanpa jawapan,
persoalan yang tak mungkin dapat ku rungkai tanpa bicara kamu.

No comments: