Pages

.....

.....

Friday, May 27, 2011

Hari Ini Hari Apa?

Hari ini hari apa?hari ini hari rayer....huhhuhu...pejam celik...pejam celik...tido makan...tido makan..skang ni dh berganjak kat satu lagi nombor...makin lama nombor tu makin besar...nombor yang tak akan berpatah balik ke belakang...nombor yang cukup bermakna...tiap-tiap tahun nombor ini akan selalu jer meningkat....setiap tahun kalo aku xtunggu pun dia pasti akan datang....sekarang ni dah masuk 27...cntik la nombor ni...sapa nk kongsi?tentu ramaikan yg dh kongsi nombor ni ngan aku...dah xlama dah nk 3 series ni...kalo BMW 3 series okey gak la....huhuhu...

Tapi still belia lagi kan...belia remaja...huhuhu...kalo direnung-renungkan balik la kan...rupa2nya dah 27 thn aku kat dunia ni...Alhamdulillah...syukur kerana Dia masih memberi aku kemampuan utk terus bernafas di tempat persinggahan yang aku pun belom tahu sampai bila...peluang yang ada ni la yang perlu digunakan dengan sebaik mungkin..untuk kedua2nya...di sini dan juga di sana..perjalanan yang masih jauh...perjalanan yang akan memperjudikan peluang dan harapan untuk semua orang...pasti ia tidak ada jaminan untuk kita terus bermimpi untuk kekal smpai bila2..

Apakah amal yang telah aku lakukan sepanjang kehidupan yang telah dilalui..jalan manakah yang telah aku lewati...adakah jalan itu betul2 lurus..tapi aku boleh ingat pasti jalan yang pernah aku lewati itu tidak selalunya lurus...mesti ada liku2nya...adakah aku dapat melepasi segala laluan yang telah ditentukan...aku akan terus berusaha utk memastikan setiap jalan yang aku pilih adalah jalan yang betul...supaya aku tidak akan tersesat ke tmpat yang tidak sepatutnya aku berdiri...Insya'Allah...

Langkah perjalanan ini mesti gagah...walau apa jua halangan yang ada aku mesti redah jer...pengalaman telah mengajar kita semua...itu sebagai bekalan..27 bukan angka yg kecik utk aku...bnyak cerita suka...cerita duka...dan ceritera2 yang telah ditayangkan dalam filem lakonan aku sndiri...tentu sekali ramai pelakon tambahan yg turut serta dalam cerita2 ini...terima kasih untuk semua...warna warni kehidupan yang sangat2 aku hargai...biar la babak2 ini akan terus kekal dalam ingatan aku...mungkin selepas ini akan muncul watak2 baru yang aku pun belum ketahui siapakah pelakon nya...tapi yang pasti, harapan aku agar semua skrip selepas ini akan menjadi skrip yang cukup indah dalam ceritera ini...

Sekian...

No comments: