Pages

.....

.....

Friday, June 3, 2011

Langit Tak Selalu Cerah.....

Best gak tgk kat tajuk tu kan...huhu...tapi ap yg ad pada tajuk itu?persoalan yg tetibe jer aku terpikir....ad ap pada tajuk itu...kompem la korang xtau kan...coz aku pun xterpikir lagi apa yang sepatutnya aku tulis dengan tajuk seperti yang telah korang nampak di atas. Macam biasa la...tulis jer tajuk dulu n then pikirkan apa yg sepatutnya aku tulis supaya kena ngan tema tajuk di atas...cam skolah dulu2...xingat ke?cikgu bg tajuk..n then pndai2 la nk mereka-reka cerita yg sama atau boleh dikaitkan ngan tajuk di atas....kompem la aku berani bet mesti ad la kat mana2 skolah cikgu suh buat karangan yg berbunyi...'kalau aku sebatang pen...kalau aku sebuah kereta...n bermacam2 kalau lagi la....'tapi skang ni aku xmo melalok utk citer pasal kisah dulu kala yg dh boleh dimasukkan kat dlm buku sejarah...skang ni kita patah balik pada tajuk perbincangan yg di atas...'langit rak selalunya cerah' pasal apa?

Hidup kita ad putar dan terbaliknya, kadang2 kita rasa hari2 tu selalu terang tanpa memikirkan akan ada hari yg suram...kan?kenapa?kerana ini dah fitrah manusia biasa mcm aku. Memang kita selalu jer lupa akan hari yg suram itu. Kita sengaja melupakan atau kita buat2 lupa. Sedang kita asyik ngan keje2 kita tetiba jer ada sesuatu yang menyekat usaha kita utk siapkan keje yg kita sedang lakukan. Apa perasaan dan tindakan yang sepatutnya kita buat?Sedang hari yg begitu terang tetibe jer bertukar menjadi hitam. Dalam masa yang sama kita pun tak sediakan apa utk bekalan menempuh hari yang tidak kita minta akan kehadirannya. Apa yang kita ada skarang? Dengan siapa kita perlu meminta bantuan? Adakah orang yang kita harapkan boleh utk membantu kita?

Banyak betulkan persoalan aku ini...sampai bila kita nk duduk jer menjadi seperti rumput yang sering dipijak? Sampai bila?Adakah sampai kita menutup mata ini?Jauh sekali kita tak nak kan..jadi apa usaha kita?Jangan kita sangkakan apa yang kita ada itu akan kekal selama-lamanya. Kan langit itu pun xselalunya cerah. Kita memamng sering lupa. Tidakkah kita terpikir utk menjadi pokok yang rendang yang dapat menjadi tempat berteduh pada siapa yang memerlukan? Tapi ingat lagi tinggi pokok dan lagi rendang ia, angin selalu akan datang menyapa. Jangan sesekali kita lupa akan tujuan asal kita. Jangan kita jadi lupa, jangan kita ikut jer haluan angin itu. Ditiup ke kiri kita ke kiri, ditiup ke kanan kita ke kanan, sesekali cuba kita ubah haluan. Biar la kita berpatah balik dari kita terus beterbangan ditiup angin ke haluan yang akan membinasakan.

Langit tak selalunya cerah.

No comments: